musim

bedetik hujan rintik.. oh, khatulistiwa ya..

Posted in Umum | Leave a comment

scroll

klik!..
…scroll bawah..
…scroll atas..
mula friendster.. lepas tu myspace..
sekarang facebook..

apakah nasib kali ni  sama seperti sebelumnya?..

*lepas ni apa lagi..  sosial!

Posted in Umum | Leave a comment

kamera besar..

Scene kamera besar sana sini kini memang satu hal yang cukup popular buat masa sekarang ni..
tak kiralah dari anak muda belia hingga kepada yang berusia..
Jika dilihat dimana-mana, rata-rata membawa kamera besar..

Di sini ada beberapa faktor yang memungkinkan scene kamera ni menjadi makin ‘naik’ sekarang ni..

1. Adakah kamera tu dah menjadi murah?..
Mungkin.. itu sebab  ramai yang dah mampu milik.. (bagi yang berduit lebih la..)

2. Terikut trend/gaya muda mudi terkini?..
Mungkin.. supaya nampak ‘cool’ bila bawa jalan sana sini..

3. Mengejar teknologi?..
Mungkin.. Bagi yang suka dengan teknologi terkini.. sentiasa mencuba apa saja benda baru..
Guna yang besar lagi best kualiti gambar dia.. kot~

4. Bisnes
Mungkin.. ada yang guna untuk menjalankan perniagaan. Perkhidmatan foto perkahwinan misalnya.. (popular)
*ada yang beranggapan dengan bisnes perkhidmatan foto ni jalan mudah bagi mendapat keuntungan dengan cepat.. ( xkesah la. janji kualiti kenalah jaga )

5.  Minat
Sebab teruja sangat dan kagum dengan hasil karya  idola jurugambar masing-masing..
terus jatuh hati pada seni foto tu..

ok.. walau macamamana pun anda berada..
gunalah kamera anda tu sebaik mungkin..

canggih tak canggih.. enjoy saja…. belajar dan belajar lagi..

tahniah diucapkan kepada pemilik2 kamera besar..

kau power!

* jarang begambar….

* lama sungguh x masuk sini.. fuh, berhabuk!..

Posted in Umum | Leave a comment

tap tup

‘tap tup tap..’
Gelagat aksi si jemari..
menari-nari di pentas papan kunci..
pantas menerjah ke alam maya..

***
biarkan saja ia bersuara..

*lama xupdate.. terlalu padat..
nantikan..

*oh ya, selamat tahun baru!

Posted in Umum | Leave a comment

Utara

Salam..

Hari tu pergi Utara..

***
biar gambar yang bercerita..

lang_edit4
lang_edit5
lang_edit12
lang_edit11
lang_edit10
lang_edit3
lang_edit8
lang_edit13
lang_edit9
lang_edit7
lang_edit6
lang_edit2
lang_edit1

Inilah serba sedikit ole-ole dari sana..

Jumpa lagi ;)

Posted in Jalan-jalan | Leave a comment

Kanak-kanak

black_child_1

black_child_2

black_child_3

Kanak-kanak mula mengenal dunia..

Amanah..
bimbingilah mereka.. Moga menjadi Insan yang cemerlang dunia & akhirat..

Posted in Eksperimen | Leave a comment

Cahaya api

fire_1

fire_3

fire_2

Gambar: Main bungapi.. Ini baru Cahaya Aidilfitri..

Posted in Suka-suka | Leave a comment

Muka Buku

Hari ini saya nak cerita sikit perihal mukabuku (facebook @ fesbuk).

1.Fesbuk pada awalnya disangka macam laman sosialis friendster ataupun myspace yang popular sebelum ni.. Rupa-rupanya dia lagi canggih.

2.Disebabkan canggih itu lah ramai yang masuk.. buat akaun.. seting profile dan upload gambar peribadi masing-masing.. (hal gambar ni ada pelbagai kategori.. ada gambar keluarga, gambar cute (tangkap sendiri), gambar zaman muda-mudi, gambar pemandangan, gambar ketika bercuti dan termasuklah gambar binatang peliharaan kesayangan).

Itu belum masuk lagi yang suka letak gambar duit banyak dan gambar berdiri sebelah kereta mewah sambil tunjuk isyarat jari bagus.. hal ni memang tak berapa patut..

3.Dengan fesbuk, aktiviti utama semestinyalah menambah rakan.. sama ada rakan lama mahupun rakan baru.. nak kenal-kenalan lah tu.. atau saja nak add, bagi nampak ramai.

Bila dah tambah rakan.. seronoknya boleh jumpa rakan sezaman sekolah atau rakan sekampung.. dengan cara ini, hubungan boleh jadi lebih mudah. Tapi, hal musuh lama pun boleh jadi..kot terjumpa jugak dalam tu..

4.Ruang untuk berniaga juga boleh digunakan.. berniagalah apa produk pun.. dari berniaga kerongsang,tudung terkini,baju budak, baju dewasa, kasut sukan siam, kek cawan, gelang magnet sampailah jual minyak.. itu contoh.. (nak promosi tag sahaja gambar produk pada rakan) urusan jual beli nanti boleh cerita pada inbox.

5.Ada juga laman dibuka bagi menubuhkan ruang untuk berkumpulan seperti tujuan Persatuan, kelab Penyokong, kelab Peminat artis, Seni, Sukan, bisnes Malam(MLM), Politik… ataupun hal-hal yang lebih pada hiburan untuk gosip dan kelab Anti & fitnah orang di sana sini.. apa-apa sahaja..dan tidak mustahil boleh wujud hal komuniti pelik-pelik dalam tu..

6. Update status pada wall.. ia umum keterbukaan.. sesama rakan boleh lihat dan baca.. ada yang guna untuk buat pengumuman.. ada juga jadikan sebagai tempat pertanyaan,luahan dan keluhan.. kemudian menantilah reaksi dan komen-komen daripada rakan-rakan.. adakala boleh jadi serius jika perkara yang di share tu menimbulkan sensiviti dan boleh disensasikan.

Jadi.. berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu.. termasuk komen dan gambar peribadi anda..

***

*Dah jadi satu macam fenomena baru.. budak kecik pun boleh guna..
* Fesbuk Anda.. Hak Anda.. gunalah macam mana pun.. kalau baik.. baiklah.. atau sebaliknya..
* kalau anda suka.. Mark zuckerberg lagi suka..
*What’s on your mind?

Posted in Umum | Leave a comment

saja cerita

Saja cerita..

Cuti raya kelmarin..
Ada ambil gambar majlis orang bertunang.. saje suka-suka tolong ambilkan..

bergambar dalam rumah..ada seorang brader sebelah yang turut sama ambil gambar bertanya..
“ni kamera apa?..Nikon ke Canon?” gaya nada dan jelingan agak serius..

“tak lah.. kamera biasa.. kem kompak fujifilm je”.. balas..

“baru start ambil gambar ke?..,tengok kosong je takde bawak aksesori lens,flashlight apa pun??”
tanya brader tu senyum suku..

“takdelah.. suka-suka je ni”. balas ringkas.. dan senyum..

~diam..

***

*apa masalah brader?.. perlu ke tanya..

Posted in Suka-suka | 2 Comments

Salam Lebaran


~Bismillahhirahmannirrahim
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Dunia ini..
Moga semuanya selamat dan sambut dengan ceria di hari raya bersama seisi keluarga..
Maaf Zahir dan Batin..

arifinrahim, Syawal 1431H / 2010M

Posted in Umum | Leave a comment