Scene kamera besar sana sini kini memang satu hal yang cukup popular buat masa sekarang ni..
tak kiralah dari anak muda belia hingga kepada yang berusia..
Jika dilihat dimana-mana, rata-rata membawa kamera besar..
Di sini ada beberapa faktor yang memungkinkan scene kamera ni menjadi makin ‘naik’ sekarang ni..
1. Adakah kamera tu dah menjadi murah?..
Mungkin.. itu sebab ramai yang dah mampu milik.. (bagi yang berduit lebih la..)
2. Terikut trend/gaya muda mudi terkini?..
Mungkin.. supaya nampak ‘cool’ bila bawa jalan sana sini..
3. Mengejar teknologi?..
Mungkin.. Bagi yang suka dengan teknologi terkini.. sentiasa mencuba apa saja benda baru..
Guna yang besar lagi best kualiti gambar dia.. kot~
4. Bisnes
Mungkin.. ada yang guna untuk menjalankan perniagaan. Perkhidmatan foto perkahwinan misalnya.. (popular)
*ada yang beranggapan dengan bisnes perkhidmatan foto ni jalan mudah bagi mendapat keuntungan dengan cepat.. ( xkesah la. janji kualiti kenalah jaga )
5. Minat
Sebab teruja sangat dan kagum dengan hasil karya idola jurugambar masing-masing..
terus jatuh hati pada seni foto tu..
ok.. walau macamamana pun anda berada..
gunalah kamera anda tu sebaik mungkin..
canggih tak canggih.. enjoy saja…. belajar dan belajar lagi..
tahniah diucapkan kepada pemilik2 kamera besar..
kau power!
* jarang begambar….
* lama sungguh x masuk sini.. fuh, berhabuk!..
